Ahad, 27 Oktober 2013

Fraser's Hill

Outing kali ini pergi Fraser hill pulak .kami bertiga sahaja yang pergi kali ini.
Pergi bukit Fraser ni sebenarnya tak dirancang  sebab masa pergi air terjun chamang tu masa masih panjang lg




Jam yang senoning & terkenal di Bukit Fraser
di bulatan dekat dengan balai polis Bukit Fraser



Beretan tiang ni pun jadek ambil gambar





Padang golf di bukit Fraser
Sejuk mata memandang





Kerusi merah ni kalau bergambar cun juga.
Tapi takde model la nak posing kat sana.




Bunga-bunga di bukit fraser ni lawa-lawa juga




Sempat juga saya bergambar  dinding bukit Fraser ni . Buat kenang-kenangan




bunga warna ungu lawa la tak tahu la namanya  tertarik juga saya mengambil gambarnya




Bunga kuning kecil ni pula segar berkembang
sempat juga saya buat bokeh bunga ni




Ini lah jam di bulatan yang saya kata kan mula-mula tadi





Tunjuk arah ni menarik la jarang dapat tengok di kuala lumpur tu



Bergambar dengan member yang pergi outing
yang tak dirancang ni .
Walaupun hanya 3 orang tapi hapenning
Sebab kami bertiga ni memang gilee ambil gambar landscape ni




Buat apa tu bro . tengah setting ke atau tengah tengok gambar bunga tu



Photografer in action .
Ambil gambar apa tu ...

Tang seliper tu cover-cover sikit. Anyway terbaeek bro .




Sempat juga kami berdua bergambar kat tower
jam tu . Cuaca di sana nyaman sekali sesuai untuk bercuti berehat badan, melarikan diri dari kesibukan bandar Kuala Lumpur tu  .

Sabtu, 28 September 2013

Air terjun Chamang

Air terjun Carmang

Outing kali ni agak jauh sikit kami ke Bentong Pahang. Ini adalah air terjun paling besar dan tinggi pernah saya dan kawan-kawan lawati. Sebelum sampai di sini kami sempat besarapan di Pekan Bentong , isi perut sebelum dahulu takut-takut tak ada gerai makanan di sana .

Ini pula pemandangan bukit bukau masa perjalanan pergi ke air terjun itu, disana masih hijau berkabus walaupun masa saya ambil gambar ini jam dah menunjuk pukul 10:30 a.m . Suasananya pun agak sejuk.

Ini lah air terjunnya , tinggi & agak deras arusnya . Rasa macam di Niagara Fall pulak. bunyian deruan air terjun agak kuat kedengaran . Tempat air terjun tu tak boleh mandi merbahaya airnya sangat deras dan dalam . kalau nak berkelah kenalah turn bawah sikit baru boleh mandi .



Outing kali ni hanya kami bertiga sahaja yang pergi . walaupun ramai ahli tak dapat ikut tapi still happening. Yang pergi untuk kali ini saya Zaireel Fariz , Mudzfar , Rooshdey sahaja.

                                     
Hari yang kami datang ni hari biase jadi tak de orang senang la sikit nak ambil gambar . Nasib baik kami dah sarapan pagi di Bentong . Kerana tiada orang berniaga hari ini . mungkin hujung minggu adalah tu . Kemudahan kasini pun lengkap tempat rehat ada meja pun disediakan . Tandas nya pun bersih. Tempat parking pun ada . Senang la nak bawa famili berkelah disini
Di sini boleh mandi airnya tenang sikit .Nampak dasar sungai macam tak dalam agaknya la sebab kami tak mandi pun . datang semata-mata untuk ambil gambar air terjun dan alam semulajadi di sini
Kat kawasan ini memang best nak mandi manda.


Kami tak lama kat sini sebab lepas ni kami terus ke Bukit fraser .


Sampai setakat ini dahulu pengalaman saya di air terjun Chamang Bentong ini. Walau apa pun tempat ini memang terbaik ...



Jumaat, 27 September 2013

Hutan Lipur Kanching

Hutan Lipur Kanching

Kali ni outing pergi ambil landscape air terjun. Ada 6 angota kumpulan DSLR melibatkan diri untuk outing kali ini

Gambar ini masa baru sampai . Masing-masing masih bertenaga tak tahu lagi apa cabaran yang akan dilalui nanti ..

Kami sampai di sana agak pagi juga .Tak ramai lagi pengunjung yang ada . senang la kami nak ambil gambar nanti.



Tempat level 1 ini sesuai untuk bergambar tetapi tak sesuai untuk mandi. masa ini semua tak penat lagi kerana tak banyak anak tangga didaki lagi .


Pemandangan air terjun di belakang kami ini sangat menarik . tengok la gambar dibawah ini

Untuk ambil gambar air ini memerlukan Tripot dan ND filter yang lain hanya kreativiti sendiri.
terbaik guna trigger button atau remote kalau takde guna timer pun jadilah untuk mengelakkan  gegaran pada body kamera semasa menekan button kemera tu

Saya punya setting kegemaran untuk mengambil gambar air ini ia berkabus tapi mesti menampakkan sedikit arus mengalir .saya biasa guna ISO 100 apeture 7 hingga 15 . shuttle speed 2 hingga 10 saat
bergantung kepada kecerahan alam sekitar masa itu .

ambil gambar air ini sabjective mengikut selera masing-masing separuh fotografer sukakan airnya lebih berkabus macam kapas ada yang tidak .



Sebelan ini air terjun buatan manusia. seban dia orang buat kolam untuk mandi manda sebelah tu .
sesuai bawa keluarga mandi di sini .

Tapi ini tingkat 4 mengah juga untuk mendaki sampai disini.





Gambar sebelah ini la kolamnya agak besar kolam buatan ini dan dalam .

sape suka terjun botol sesuai kat sini





ini pula gambar dari tingkat 5 ( level 5 )





Kawasan ini juga ada kolam juga tapi kecil sikit dari tingkat 4 tadi

Ini pula gambar kolam tingkat 7  ada 1 kolam semulajadi . Banyak juga ikan kat sini . Kalau tak silap ikan tengas sebesar 6 inci.

Tak ramai yang dapat sampai ke sini tinggi sangat. nak tercabut lutut dibuatnya panjat tangga tu .



ini pula jambatan level 6. Kat sini ada kolam semulajadi untuk mandi


macam nak berlumbe lari lah pulak
on your mark ,get set, GO........ hahaha

x lah......sebenarnye dorang ni tengah asyik
ambil gambar air terjun kat depan tu....

Katak oh katak kenape ko panggil hujan..
macamana aku tak panggil
dorang sibuk nak ambil gambar aku.

katak; ape lagi ambil kalau ambil aku ,bayarlah tak kan percuma.






sempat lagi ambil gambar dengan Pak Lim.
ni dekat tingkat satu.sini tempat ambil gambar saja
mandi tak boleh.

amboi abang sorang ni,sampai terpejam mata.macam paparazi lah pulok.berjaya jugak meracun Pak Lim pergi outing kali ni.


Ni Nasrul adik bangsu dalam kumpulan kami.Dia ni senggal sikit. tengok dia ambil gambar kat mana. Silap2 ni jatuh dalam air,


Ni namenye Mus, bukan Mus  kumpulan May tu
Mudz Mokhtar.

Dia ni sempoi orang nye.

Sekodeng ape tu.....hiiihihihi....




Ni Rooshdey Ramli
Kawan aku yang paling hardcore sekali
Kemera dia aje ada 3
Lens jangan cerita la...

Minat gilee ambil gambar ni siapa la yang meracun dia tu .

anyway terbaeek bro....



Ini Helmi geng terbaru dalam kumpulan kami.
Orangnya pendiam tapi berbakat....






Gambar gambar ni semua adalah dari top level
Tak larat dah nak naik lagi .




Kolam semula jadi ni best la kalau dapat mandi.
saya malas nak mandi sebab kalau dah mandi tak jadi la nak ambil gambar dah penat la kata kan


Ni gambar dari top view . lepas kayu yang melintang tu air terjun yang sangat tinggi kalau jatuh . paham-paham je la apa akan terjadi.


Tapi outing kali ini memang yang terbaik walaupun memenatkan tapi sihat dapat juga keluar peluh. sihat badan ...


Sekilan...